Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Calon bebas dakwa Anwar 'main kotor', guna jentera kerajaan

Calon bebas dalam pilihan raya kecil Port Dickson mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan selepas pemantau pilihan raya BERSIH mengumumkan lima dari tujuh calon telah menandatangani persetujuan untuk mendukung pilihan raya yang bersih dan adil.

Anwar, calon parti kerajaan Pakatan Harapan, antara salah seorang yang menyokongnya.

“Ada calon gunakan paltform tentera, bercakap di depan tentera dan menggunakan kenderaan rasmi.

“Masjid pun digunakan untuk memberi ucapan, kononnya atas nama tazkirah.

“Jadi jelas ini salah guna,” kata Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar yang sebelum ini mendakwa diliwat majikannya itu.

Saiful tidak menyebut nama secara khusus, tetapi ia jelas merujuk kepada Anwar yang menghadiri majlis Kementerian Pertahanan kelmarin.

Anwar juga memberikan tazkiran Maal Hijrah di beberapa masjid di parlimen itu.

Sementara itu, calon bebas Stevie Chan turut membangkitkan perkara itu.

Chan turut menunjukkan “bukti salah guna kuasa” dengan berkata dua projek swasta akan masuk ke Port Dickson jika beliau menang.

Ini termasuk pembinaan hotel lima bintang dan pengenalan program latihan penerbangan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS