Ditahan di bawah Ordinan Darurat walaupun tiada rekod jenayah
Terjemahan Dia ditahan sebanyak tiga kali di bawah Ordinan Darurat (OD) tetapi peguamnya mendakwa A Balakrishnan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Terjemahan Dia ditahan sebanyak tiga kali di bawah Ordinan Darurat (OD) tetapi peguamnya mendakwa A Balakrishnan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
M Manoharan berkata, pelanggannya itu yang kini sedang mogok lapar kerana membantah perintah buang daerah ke atas di Kelantan, pernah ditahan selama lima hari tanpa sebarang perintah reman.
Balakrishnan (foto), ketua sebuah cawangan MIC di Rawang, kemudiannya memfailkan saman terhadap polis berhubung penahanan tersebut dan kes itu masih menunggu perbicaraan di mahkamah tinggi.
Pada 1998, dia ditahan selama 59 hari di bawah OD atas dakwaan berkaitan kegiatan kongsi gelap. Menurut seorang rakannya, dia kemudian dibebaskan kerana kaitannya dalam politik.
Dia ditahan lagi pada 24 Jun 2004 dibawah akta yang sama yang membenarkan penahanan tanpa bicara. dan dihantar ke Pusat Tahanan Sungai Renggam di Johor.
Pada 25 Februari tahun ini, Mahkamah Tinggi Johor memutuskan penahanan Balakrisnan tidah sah dan memerintahkan supaya dia dibebaskan. Bagaimanapun, sebaik sahaja dibebaskan, dia ditahan semula oleh pada hari yang sama dan dikenakan perintah buang daerah ke Kuala Balah, Kelantan.
Ketidakadilan layanan
Balakrishnan kemudiannya melancarkan mogok lapar sebagai membantah apa yang didakwanya ketidakadilan pihak polis terhadap dirinya.
Kini sudah 17 hari dia mogok papar, manakala isternya, M Rukumani Devi, meneruskan mogok laparnya, di hadapan bangunan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Putrajaya.
Bagaimanapun, awal pagi Rabu lalu, polis secara paksa membawanya ke Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan. Bagaimanapun, Rukumani, 35, masih enggan makan dan minum.
Balakrishnan telah berikrar untuk meneruskan mogok lapar itu sekiranya rayuannya tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa, walaupun kesihatan dan nyawanya terancam.
Sementara itu, Manoharan menjelaskan, memandangkan pelanggannya dikena perintah buang daerah, maka dari segi teknikalnya, dia bukan seorang tahanan dan oleh itu, tidak boleh memfailkan perintah habeas corpus untuk mendapatkan pembebasannya.
Punca utama Balakrisnan mogok lapar adalah berikutan tindakan pihak berkuasa membebaskan seorang ahli perniagaan yang dikatakan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap, Koo Tee Yam dari Pusat Tahanan Simpang Renggam Oktober lalu.
Koo, yang ditahan dibawa OD selama beberapa bulan, juga diperintah dibebaskan oleh pihak mahkamah tetapi ditahan semula.
Bagaimanapun, kesnya mendapat laporan meluas pihak media manakala pembuat dasar pula menggesa pihak berkuasa supaya menghormati keputusan mahkamah. Ahli perniagaan tersebut kemudiannya dibebaskan.
Dwi-standard
Ini, menurut Balakrishnan, merupakan satu dwi-standard. Oleh itu, beliau juga mahu diberi layanan yang serupa ataupun didakwa di mahkamah atas kesalahan yang dikatakan dilakukannya.
Pemimpin MIC itu juga berulangkali menegaskan dia tidak bersalah dan mendakwa telah dianiaya oleh seteru politiknya dalam parti itu.
Menurut kerast dakwaan, dia dikatakan menjadi ketua kumpulan '08' di Rawang yang terbabit dalam pelbagai perbuatan jenayah termasuk melakukan kekerasan dan peras ugut.
Balakrishnan juga bercadang untuk menyaman Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Noh Omar kerana menandatangani perintah tahanannnya dan pihak polis kerana didakwa menghina mahkamah.
Kawasan Kuala Balah tidak mempunyai bekalan api dan air ataupun peluang pekerjaan dan menurut Manoharan. "Kawasan ini 50 tahun ketinggalan masa". Berita asal

