Kit Siang mahu dibenarkan hadiri sidang Dewan Negara
Terjemahan Ketua pembangkang, Lim Kit Siang mahu dibenarkan menghadiri sidang Dewan Negara minggu depan bersama ahi Parlimen DAP Seputih Teresa Kok.
Terjemahan Ketua pembangkang, Lim Kit Siang mahu dibenarkan menghadiri sidang Dewan Negara minggu depan bersama ahi Parlimen DAP Seputih Teresa Kok.
Mereka mahu hadir untuk menjawab dakwaan 'tidak berasas dan tidak bertanggungjawab' yang dibuat oleh beberapa senator berhubung isu klip video yang merakamkan tahanan wanita bogel melakukan ketuk ketampi dalam tahanan polis.
Sejak dua hari lalu, Lim dan Teresa (foto) menjadi sasaran kritikan beberapa senator berhubung tindakan ahli Parlimen Seputih itu mendedahkannya di Parlimen pada 24 November lalu.
Teresa menunjukkan klip video itu yang dirakamkan dengan telefon bimbit, kepada ahli-ahli Parlimen dan pihak media.
Bagaimanapun, apabila wanita itu kemudiannya disahkan sebagai wanita Melayu, dan bukannya rakyat China seperti spekulasi sebelumnya, maka beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) mengkritik Lim dan Teresa.
Antara lainnya, Lim dan Teresa dituduh sengaja mahu menjejaskan imej negara dan pasuka polis serta mahu mendapatkan publisiti murah.
'Salah pokok'
Menurut ketua pembangkang itu, para senator berkenaan "menyalak pada pokok yang salah"
"Selain membuat tuduhan tidak berasas terhadap kami, mereka tidak menyebut langsung mengenai maruah mangsa terbabit ataupun perlu perubahan segera dalam pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan.
"Kesemua senator ini nampaknya berfikir...asalkan ianya bukan rakyat China, maka tidak apa wanita Melayu atau mana-mana rakya Malaysia dihina dan dimalukan sedemikian," tambahnya.
Klip video itu mencetuskan kritikan hebat. Malah pemimpin negara turut mengecam pihak polis, yang sehari sebelum itu, didakwa memberi layanan buruk terhadap beberapa wanita rakyat China ketika ditahan.
Pada mulanya, tersebar spekulasi yang wanita dalam klip video itu mungkin rakyat Cina, tetapi Selasa lalu, suruhanjaya bebas yang menyiasat kes tersebut, mengesahkan dia adalah wanita tempatan yang ditahan atas kesalahan dadah.
Sementara itu, bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Lim berkata beliau dan Teresa sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen berhubung kontroversi klip video itu.
Katanya, mereka bersedia menerima hukuman sama ada digantung atau dilarang menyertai persidangan Parlimen.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.