Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Johor akan rujuk Mujahid isu operasi khalwat
Diterbitkan:  Oct 6, 2018 8:42 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

Kerajaan Johor akan merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung isu khalwat, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan.

Beliau berkata pihaknya akan terlebih dahulu mendapatkan maklumat tepat berhubung perkara itu.

“Berkaitan isu itu, biarlah saya dapatkan penjelasan daripada beliau (Mujahid) dahulu, saya dan pihak kerajaan negeri tidak boleh komen dahulu, perlu dapat maklumat yang tepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Intervensi Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) Daerah Batu Pahat 2018 di Sekolah Kebangsaan Seri Telok di Parit Ya’ani, di Batu Pahat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang berkata pihak berkuasa agama tidak akan lagi mengetuk dan memecahkan pintu pada waktu malam bagi menyiasat atau melaksanakan operasi khalwat.

Dalam satu temu bual dengan akhbar The Star, Mujahid dilaporkan berkata apa yang dilakukan orang Islam di sebalik pintu tertutup bukanlah urusan kerajaan.

Jelasnya kerajaan tidak akan menjadi polis moral, selain hanya akan terlibat sekiranya kejadian berkenaan berlaku di tempat terbuka atau di khayalak, serta mencemarkan sensitiviti, sahsiah juga jenayah yang mengganggu kesejahteraan awam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS