Calon bebas buat laporan polis terhadap Anwar
Calon bebas pilihan raya kecil Port Dickson Stevie Chan Keng Leong membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Ini susulan dakwaan calon Pakatan Harapan cuba menyogok pengundi di kawasan parlimen terbabit.
Laporan polis itu dibuat di balai polis Port Dickson kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Calon bebas dakwa Anwar 'main kotor', guna jentera kerajaan
Stevie mendakwa, Anwar dalam ceramah perdana di Sri Tanjung sebelum ini memberitahu pengundi bahawa beliau telah memperoleh tiga projek untuk Port Dickson.
Antaranya projek pelancongan hotel lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan seperti tuisyen percuma kepada pengundi kawasan itu.
"Kami percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melanggar Seksyen 10(a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan dengan penyongokan," katanya ketika ditemui media di luar perkarangan balai polis Port Dickson.

