Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Guan Eng: K'jaan akan bayar faedah hutang 1MDB hujung bulan

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari memberi jaminan bahawa kerajaan akan membayar faedah pinjaman 1MDB pada hujung bulan ini.

"Kami menghormati komitmen itu, komitmen sah yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.

"Jika tidak, Malaysia akan dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab," kata Lim kepada pemberita di program Malaysia, A New Dawn yang dianjurkan Kementerian Kewangan di Kuala Lumpur hari ini.

"Kita sudah mengambil nasihat daripada peguam negara dan kita akan menghormati komitemen (membayar faedah) itu, secara sah. Selain ia juga mempunyai kesan dari segi kewangan.

"Jika faedah itu tidak dibayar, rating Malaysia akan turun secara automatik. Dan bukan saja turun satu tingkat, tapi mungkin lebih daripada itu," katanya.

Difahamkan, bayaran yang perlu dibuat sebelum 18 Okt itu berjumlah RM211.31 juta.

Tidak lama selepas menjadi menteri kewangan pada Mei, Lim berkata 1MDB perlu membayar faedah RM143.75 juta sebelum 30 Mei tahun ini.

Lim ketika itu juga berkata, sejumlah faedah RM819.21 juta dari hutang 1MDB juga perlu dibayar sebelum September dan November.

Ditanya sama ada 1MDB masih berbincang untuk mencari penyelesaian dengan Abu Dhabi's International Petroleum Investment Company (IPIC), Lim berkata perkara seperti itu lebih baik dijawab oleh peguam.

"Peguam negara sedang meneliti perkara ini jadi biar ia dikendalikan oleh beliau. Saya tidak mahu memberi ulasan ketika ini kecuali perlu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS