EKSkLUSIF | Siasatan SPRM terhadap dakwaan penyelewengan dana sebanyak AS$ 12 juta (RM49.89 juta pada kadar semasa) oleh bekas pegawai perisikan kerajaan hampir siap, demikian menurut sumber-sumber yang rapat dengan siasatan itu.

Bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, seorang pegawai kanan penyiasat SPRM memberitahu Malaysiakini bahawa mereka hampir siap untuk menyerahkan fail kes kepada pihak pendakwa raya.

"Penyiasat sedang menyiapkan siasatan, mereka hanya perlu menyelesaikan beberapa bahagian.

"Kami akan menyerahkan fail itu kepada pihak pendakwa raya tidak lama lagi dan sebarang keputusan sama ada untuk mendakwa atau tidak terpulang kepada pihak pendakwa raya," kata sumber itu.

SPRM telah menemui tambahan AS$1 juta (RM4.6 juta) sejak Ogos semasa penyiasatannya terhadap dana yang didakwa diterima oleh bekas pegawai Pertubuhan Perisikan Luar Negeri Malaysia (MEIO).

Sumber-sumber juga memberitahu Malaysiakini bahawa bilangan orang yang ditahan dalam kes itu kekal sembilan sehingga akhir bulan Ogos.

Lapan orang tahanan itu adalah bekas pegawi MEIO, secara rasmi dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri. Antara yang ditangkap ialah bekas ketua agensi itu, Hasanah Abdul Hamid.

Suspek Kesembilan adalah seorang ahli perniagaan - yang ditahan SPRM di Kelantan pada 29 Ogos. Penyiasat menemui AS$4.07 juta (RM16.92 juta) di sebuah kondominium di Cyberjaya sejurus selepas penangkapannya.

[Baca berita penuh]