Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Undang-undang tak adil, selagi belum mansuh kena patuh

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada beberapa undang-undang yang tidak adil dan perlu dimansuhkan.

Bagaimanapun, beliau berkata selagi undang-undang itu belum dimansuhkan ia perlu dipatuhi.

"Sebagai pemerintah, sebagai pegawai-pegawai dalam kerajaan, kita perlu patuh kepada undang-undang.

"Jika undang-undang itu tidak baik, maka kita berhak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang. Tetapi selagi ada undang-undang, maka kita perlu patuh pada undang-undang itu.

Menurut perdana menteri undang-undang perlu adil kepada rakyat, raja dan kerajaan, namun undang-undang yang tidak adil masih wujud dan menyebabkan kepincangan serta menekan rakyat.

"Kita tahu kadang-kadang ada undang-undang yang menekan rakyat. Undang-undang ini jika kita melaksanakan akan menyebabkan kepincangan di kalangan rakyat.

"Sebab itulah undang-undang perlu disemak sama ada adil atau tidak. Jikanya tidak adil atau lari jauh dari keadilan, maka undang-undang itu perlu dimansuhkan ataupun diperbetulkan.

Makna demokrasi

"Hanya undang-undang yang betul-betul melindungi hak rakyat, kerajaan, dan raja-raja sahaja yang boleh kita teruskan dan kita amalkan," katanya.

Beliau berkata perkara "inilah yang memberi makna kepada demokrasi."

Menurut Mahathir lagi pada masa lalu terdapat keadaan undang-undang diabaikan tetapi menegaskan pentadbiran baru tidak akan membiarkannya berlaku lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Jabatan Perdana Menteri pagi ini menekankan pemerintahan berlunaskan kedaulatan undang-undang yang disiarkan secara langsung di dalam talian.

Mahathir juga memberitahu penjawat awam calon pelantikan kehakiman akan diteliti oleh parlimen sebelum pencalonan mereka diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Maka, para hakim akan dapat berlaku adil untuk menegakkan keadilan, katanya.

"Yang diutamakan adalah keadilan, bukan kerana takut kerana tidak akan dipilih, tidak dinaikkan pangkat oleh pihak tertentu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS