Kabinet setuju gantung pelaksanaan Akta Hasutan
Diterbitkan: Oct 11, 2018 3:46 PM | Dikemas kini: Oct 11, 2018 3:48 PM
Kabinet bersetuju menggantung pelaksanaan Akta Hasutan 1948 sementara menunggu pemansuhannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
“Keputusan dibuat oleh kabinet semalam.
“Oleh kerana kita akan memansuhkan Akta Hasutan, tindakan menggunakan akta itu harus digantung sementara,” katanya.
Keputusan itu dibuat setelah kabinet mendengar cadangan beliau semalam, kata Gobind kepada pemberita ketika ditemui dalam acara perniagaan di Seri Kembangan, Selangor hari ini.
Ditanya bila penggantungan itu akan berkuat kuasa, Gobind berkata kerajaan perlu berhubung dengan peguam negara terlebih dahulu.
“Dan kemudian sudah tentu terpulang kepada beliau memutuskan tindakan lanjut,” katanya.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.