Berita Malaysiakini

K'jaan kaji ID digital bendung penipuan, salur subsidi

Koh Jun Lin  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan sistem pengenalan diri (ID) peringkat nasional yang membolehkan menjadi cara pengesahan identiti di dalam urusan dalam talian, maklum Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata salah satu tujuan ID digital itu untuk membantu kerajaan menyalurkan bantuan subsidi denganlebih cekap melalui akaun e-dompet yang didaftarkan menggunakan kaedah pengenalan diri itu.

Menurut Gobind sistem itu akan menggalakan perkembangan e-dagang dengan membenarkan pembeli dan penjual mengesahkan identiti masing-masing, seterusnya menghapuskan unsur-unsur penipuan dan pemalsuan.

"ID digital ini bukan untuk menggantikan (kad pengenalan) MyKad atau pun ia wajib kepada semua orang.

"ID digital nasional ini menjadi cara untuk menyediakan platform yang boleh dipercayai...

"ID digital nasional ini ada banyak kelebihan dan akan menjadi platform utama dan penting bagi inisiatif kerajaan digital yang saya umumkan pada persidangan ‘Malaysia: A New Dawn’ 9 Oktober lalu,” kata Gobind kepada 600 hadirin pada majlis "E-Commerce Entrepreneurship Summit" anjuran Malaysiakini.

Gobind juga berkata jika seseorang memohon untuk menyertai sesebuah pertubuhan maka dia akan menghantar gambar foto atau salinan MyKadnya tetapi salinan itu tidak semudahnya dapat disahkan sebagai tulen.

Sebaliknya, katanya ID digital nasional ini dapat dipercayai dan boleh ditentusahkan (verifikasi).

Gobind ketika bercakap kepada pemberita kemudian, menjelaskan cadangan tersebut dibangunkan kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan bantuan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).

"Pada tahap tertentu, sudah tentu, kami perlu bekerjasama dengan pihak berkepentingan, dapatkan pandangan institusi kewangan dan lain-lainlagi. Ia akan mengambil masa," katanya yang berharap kemajuan dapat dicapai menjelang pertengahan tahun hadapan.

[Baca berita penuh]