Paling Popular
Terkini

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini untuk menyambung proses memberi keterangan.

Berpakaian kemeja lengan panjang berwarna putih, Zahid tiba di bangunan SPRM kira-kira pukul 9.20 pagi menaiki kereta Lexus berwarna putih dengan diiringi seorang pengawal.

Zahid kelihatan tenang dan tersenyum kepada media di pekarangan bangunan SPRM dan sempat bersalam dengan beberapa pegawai yang menunggunya.

Ini kali kelima beliau memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya.

Semalam, Zahid telah memberikan kenyataan selama sembilan jam, serta lapan jam pada hari yang sebelumnya selain dipanggil untuk kali pertama dan kedua pada 2 dan 3 Julai lalu.

Untuk rekod, anak perempuan Zahid Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid serta menantunya Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff turut hadir memberikan keterangan berkenan kes sama semalam.

Zahid sebelum ini disoal atas dakwaan menggunkaan dana Yayasan Akal Budi bagi menjelaskan hutang kad kreditnya.

Zahid juga dikatakan disoal siasat berhubung dakwaannya bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang didakwa memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lihat Komen
ADS