Enam Orang Utan yang diseludup masuk ke Malaysia dan dipamerkan di sebuah taman hiburan selama hampir empat tahun, telah dihantar pulang ke negara asal mereka.

Mereka yang mendapatkan gelaran "Orang Utan Spesial" diterbangkan ke Jakarta Sabtu lalu dengan Penerbangan Malaysia, sebelum dipindahkan dengan dengan penerbangan Geruda ke taman perlindungan hidupan luar di Medan.

Menurut laporan New Straits Times , keputusan untuk menghantar balik Orang Hutan tersebut yang berusia tiga hingga empat tahun dibuat selepas Jabatan Hidupan Liar melakukan ujian DNA selepas diberi maklumat mengenainya.

Taman hiburan

Mei lalu, Malaysiakini menyiarkan siri laporan mengenai Orang Utan terbabit yang disyaki ditlempatkan di taman hiburan di Melaka A'Famosa Resort.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa Orang Hutan muncul dalam pertunjukan-pertunjukan yang diadakan di Taman Burung Kuala Lumpur, tetapi kemudiannya dibatalkan.

Orang Utan Sumatra itu tersenarai dalam Lampiran 1 Konvensyen mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesis Terancam (Cites) dan ini bermakna mereka diletakkan dalam status amat terancam dan tidak boleh diperdagangkan.

Dianggaprkan terdapat 7,500 orang Sumatra masih hidup di hutan.