Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada pesta arak Oktoberfest di Terengganu - Exco
Diterbitkan:  Oct 12, 2018 6:03 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Kerajaan Terengganu menafikan satu pesta arak ‘Oktoberfest’ akan berlangsung di Terengganu seperti yang ditular di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman berkata wakil kerajaan negeri telah berkunjung ke premis yang ditular akan mengadakan Oktoberfest untuk mendapatkan penjelasan.

"Hasil kunjungan mendapati walaupun premis yang dinyatakan itu sememangnya memiliki lesen untuk menjual minuman keras, pemiliknya mengesahkan bahawa tiada sebarang sambutan Oktoberfest di premis itu.

“Sehingga kini kerajaan tidak menerima sebarang permohonan untuk tujuan penganjuran Oktoberfest di negeri ini," kata Ariffin dalam satu kenyataan hari ini yan disiarkan menerusi akaun Instagram Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Menurut Ariffin lagi Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau untuk memastikan tiada penganjuran Oktoberfest di Terengganu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS