Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Manifesto HARAPAN amanah besar bukan beban - Rais

Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Rais Hussin Mohamed yang menjadi salah seorang yang bertanggungjawab merangka manifesto pilihan raya Pakatan Harapan berkata dokumen itu perlu dilihat sebagai "amanah besar" dan bukannya suatu beban.

"Saya fikir ia tanggungjawab besar, amanah besar dan tak patut disebut sebagai beban.

"Daripada mencari dalih kenapa kami tidak boleh menunaikannya kami perlu mencari jalan untuk melaksanakannya," kata beliau kepada Malaysiakini.

Menurut Rais, manifesto itu dirangka dengan melalui proses mendapatkan data daripada kajian bebas, maklum balas NGO, badan guaman dan semua parti komponen HARAPAN.

"Manifesto ini bukan ditulis dengan mereka-reka angka dan fakta dari langit... Kami mengambil masa selama lapan bulan membincangkan idea-idea supaya dapat menghasilkan sebuah manifesto yang pragmatik, praktikal dan boleh dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun, Rais mengakui terdapat keperluan untuk memeriksa semula manifesto berkenaan kerana negara sedang berhadapan realiti baru apabila berhutang RM1 trilion.

Rais mengulas maklum balas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata manifesto Pakatan Harapan yang dibuat pada pilihan raya umum ke-14 merupakan "beban besar" kepada pentadbiran hari ini.

Mahathir juga mengakui bahawa beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto HARAPAN.

Malah, katanya, pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS