Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Polis tidak akan membuka siasatan berhubung laporan dibuat pembantu Datuk Seri Najib Razak ke atas Lim Kit Siang.

Ketua Polis Sentul ACP S Shanmugamoorthy berkata pihaknya berpendapat tiada apa yang perlu disiasat berdasarkan laporan yang dibuat lelaki terbabit.

"Pihak polis telah klasifikasikan aduan itu sebagai tindakan sivil dan akan merujuknya kepada majistret," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Shanmugamoorthy aduan tersebut dibuat sebagai langkah Najib mahu mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan beberapa pembunuhan berprofil tinggi.

Bagaimanapun katanya polis berpendapat tiada apa yang perlu diteruskan sebaliknya aduan tersebut lebih bersifat fitnah.

"Dia tohmah Lim, itu saja.

"Dia ni nak pertahankan diri dan tak ada benda nak siasat. Untuk tindakan sivil saja bolehlah," katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang pembantu Najib membuat laporan di Balai Polis Sri Hartamas bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat Lim.

Ia dibuat ekoran kenyataan Lim yang menyebut, beliau akan membuka semula siasatan berhubung kematian Altantunya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock and Ahmad Sarbani Mohamed, jika menjadi perdana menteri.

Pada Khamis Najib berkata beliau akan mengarahkan pembantunya membuat laporan polis supaya siasatan dapat dibuat bagi menentukan sama ada beliau terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Menurut bekas perdana menteri langkah itu diambil supaya namanya dapat dibersihkan daripada tuduhan musuh politiknya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS