Tabung Haji akan bayar dividen lebih 4.3 peratus
Keuntungan daripada penyenaraian TH Plantation di Bursa Malaysia telah menggalakkan peningkatan jumlah pendeposit Tabung Haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Mohamed Zain.
Keuntungan daripada penyenaraian TH Plantation di Bursa Malaysia telah menggalakkan peningkatan jumlah pendeposit Tabung Haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Mohamed Zain.
Beliau berkata peningkatan keuntungan Tabung Haji juga menyebabkan ia akan membayar dividen lebih daripada 4.3 peratus (yang dibayar tahun ini) pada Februari depan.
TH Plantation hanya menyenaraikan 11 ladang kelapa sawit seluas 16,227 hektar daripada sejumlah 138,267 hektar di seluruh negara, bagi mengelakkan kerugian dan menanggung risiko daripada penyenaraian itu, katanya menjawab soalan Senator Mariah Abdullah di Dewan Negara hari ini.
Menurut Bernama , beliau berkata, ia hanya melibatkan jumlah pelaburan sekitar RM57 juta berbanding RM13 bilion pelaburan TH, oleh kerana itu, kerajaan meluluskan permohonan untuk tujuan penyenaraian berkenaan.
"TH ada panel pelaburannya sendiri dan dijangka risiko yang ditanggung adalah kecil. Sebab itu kita tidak senaraikan semua ladang. Kedudukan kelapa sawit sehingga 2008 juga akan kukuh dan harganya lebih terjamin setelah kerajaan memperkenalkan biodiesel yang memberi pulangan baik terhadap industri kelapa sawit negara," katanya.
Ketika menjawab soalan Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengenai kecairan dalam pasaran modal, beliau berkata, hanya 40 peratus, iaitu kira-kira 78.4 juta saham TH Plantation diurusniagakan di Bursa Malaysia bagi membantu kecairan dalam pasaran modal sewaktu urusniaga aktif.
Selain itu, kata Abdullah, TH juga akan mengekalkan pegangan saham pada tahap 60 peratus untuk terus menguasai TH Plantation dan berdasarkan prestasi syarikat yang memberangsangkan, dijangka pelabur akan berminat untuk berurusniaga dengan saham TH Plantation sebagaimana saham-saham lain.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.