Terjemahan Jabatan Hidupan Liar berikrar untuk membongkar apa juga usaha untuk melindungi skandal penyeludupan Orang Hutan, tetapi kumpulan pemuliharaan alam sekitar tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadapnya.

Ketika dihubungi hari ini, Pengarah Penguatkuasa jabatan tersebut, Misliah Mohd Basir berkata, jabatannya sentiasa dan akan terus mengambil pendirian 'positif' berhubung isu tersebut.

"Kita sentiasa positif. Takde cover-cover," katanya.

Minggu lalu dilaporkan bahawa tujuh Orang Hutan telah dihantar pulang ke Sumatra berikutan ujian DNA mengesahkan yang mereka dari spesis Sumatra yang semakin pupus.

Orang Utan Sumatra itu tersenarai dalam Lampiran 1 Konvensyen mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesis Terancam (Cites) dan ini bermakna mereka diletakkan dalam status amat terancam dan dilarang diperdagangkan.

Indonesia telah memberhentikan eksportnya sejak 2000.

Sejak bertahun-tahun lamanya, enam Orang Hutan tersebut muncul dalam pertunjukan di Taman Burung Kuala Lumpur, dengan juruacaranya 'memperkenalkan' mereka sebagai "spesis terancam" yang ditemui hanya di Sumatra.

Bagaimanapun, pertunjukan itu dibatalkan pada 9 April tahun ini selepas seorang awam membuat aduan mengenainya.

Enam Orang Hutan itu kemudiannya dihantar pulang ke sebuah taman hiburan di Melaka A'Formosa Resort. Pada pertengahan Julai lalu, Orang Hutan tersebut dirampas oleh pihak berkuasa dan ditempatkan di Zoo Melaka. Manakala Orang Hutan ketujuh ditemui dalam jagaan Zoo Johor untuk tempoh yang tidak diketahui.

'Kita faham'

Kumpulan pemuliharaan alam sekitar pula bagaimanapun menyuarakan rasa kecewa mereka kerana tidak ada petanda bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menyeludup masuk Orang Hutan itu ke negara ini.

Pengarah Saintifik Program Perlindungan Orang Utan Sumatra yang berpejabat di Switzerland, Dr Ian Singleton berkata, ia adalah 'mengecewakan tetapi dapat difahami mengapa.'

Singleton, yang turut menyaksikan proses penghantaran pulang Orang Hutan itu minggu lalu, berkata pengalamannya di Indonesia telah membantunya menangani kemungkinan itu di Malaysia.

"Dengan memahami suasana politiknya, kami kecewa tetapi kami faham," katanya kepada malaysiakini sambil menambah mereka yang memiliki Orang Hutan Sumatra itu mempunyai pengaruh politik yang kuat.

Sementara itu, Pengurus Program Trafik Serantau Asia Tengganu, Chris R Shepherd pula menggesa supaya hukuman yang berat dikenakan ke atas mereka yang terbabit dalam perniagaan dan menyimpan Orang Hutan secara haram.

"Menghantar mereka pulang adalah sebahagian daripada penyelesaiannya. Kita perlu mengucap tahniah kepada pihak berkuasa yang merampas haiwan tersebut...dan MASkargo kerana membiayai kos (penghantaran pulang). Ia menunjukkan mereka (kedua-duanya) komited dalam tugas pemuliharaan.

"Tetapi tindakan merampas haiwan tersebut, bukanlah satu hukuman. Prosesnya lebih jauh daripada itu," tambahnya.

Jenayah antarabangsa

Pertama, kata Shepard, ianya merupakan satu jenayah antarabangsa yang tidak boleh dibiarkan berlarutan, dan kedua, ia mesti disiasat dengan terperinci bagi memastikan ia tidak berulang lagi 'bukan sahaja Orang Utan, tetapi juga haiwan lagi yang disenaraikan dalam Lapiran 1 Cites yang di tempatkan di mana-mana zoo atau tempat hiburan di Malaysia.

"Dalam apa juga jenayah, mereka perlu mengesan siapakah di sebaliknya, dan siapakan perancang perniagaan ini, dan bagaimana ianya dipermudahkan. Langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan ia tidak berlaku lagi dan mendakwa mereka yang melanggar undang-undang," tambahnya.

Shepard berkata, terdapat banyak lagi binatang yang disenaraikan dalam Lampiran 1 Cites, seperti spesis burung yang terancam, dibawa masuk ke negara ini secara haram.

"Ia adalah satu tanggungjawab pengurusan dalam mana-mana negara (yang menguatkuasakan) Lampiran 1 Cites bagi memastikan binatang yang dibawa masuk, diperolehi secara sah.

"Di Asia Tenggara, mereka yang terbabit dalam perniagaan hidupan liar selalunya tidak didakwa. Malah, mereka yang didakwa pun, dikenakan hukuman yang ringan, yang jelas tidak menakutkan mereka," katanya. Berita asal