'Penjualan aset k'jaan tak libatkan PNB'
Diterbitkan: Oct 15, 2018 2:13 PM | Dikemas kini: Oct 15, 2018 2:18 PM
Penjualan aset kerajaan untuk membayar hutang tidak akan melibatkan aset dalam pengurusan Permodalan Nasional Bhd (PNB), menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua.
Pua hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa Khazanah Nasional Bhd dan PNB perlu menyemak semula dan melepaskan aset-aset bukan strategik.
“Saya mahu membuat penjelasan dan pembetulan kepada kenyataan saya di atas bahawa sebarang penjualan aset tidak akan melibatkan PNB.
“Ini kerana PNB ialah entiti yang diperbadankan dan diuruskan kerajaan. Dana dan pelaburan PNB adalah milik pemegang unit dan bukannya milik kerajaan,” katanya.
-Bernama

