Bekas PM Thai tidak dibenar memasuki Myanmar
Kerajaan junta tentera Mynmar enggan membenarkan seorang bekas Perdana Menteri Thailand memasuki negara ini, menyebabkan Bangkok memanggil duta Mynmar untuk mendapat penjelasan mengenainya.
Kerajaan junta tentera Mynmar enggan membenarkan seorang bekas Perdana Menteri Thailand memasuki negara ini, menyebabkan Bangkok memanggil duta Mynmar untuk mendapat penjelasan mengenainya.
Menteri Luar Thai, Kantathi Suphamongkhon berkata beliau terperanjat apabila kerajaan junta itu enggan membenarkan Chuan Leekpai memasuki Myanmar untuk lawatan peribadi.
"Saya mendapat tahu, bekas Perdana Menteri Chuan mahu ke Myanmar tetapi kerajaan Myanmar enggan membenarkannya memasuki negara itu. Saya telah memanggil duta Myanmar untuk mendapat penjelasan mengenai perkara tersebut," kata menteri luar itu.
Menurut AFP, bekas Perdana Menteri Thai itu dijadual melawat Myanmar pada hari Isini tetapi kerajaan Mynmar meminta supaya menangguhkan dahulu lawatannya itu tanpa memberi sebarang penjelasan.
"Menteri Luar Mynmar pun memberitahu saya yang beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan bersetuju untuk menyiasatnya," kata Kantathi.
"Saya telah meminta Myanmar supaya memberi penjelasan segera mengenai perkara itu. Saya menjangka menerima jawapannya hari ini," tambahnya.

