Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM panggil Zahid kali ke-6, Lokman kata akan didakwa Jumaat ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk disoal siasat buat kali kelima berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Akal Budi, milik keluarganya, esok.

Zahid sebelum ini juga pernah hadir bagi memberi keterangan berhubung skandal 1MDB, yang menjadikan kehadirannya esok di ibu pejabat suruhanjaya itu untuk disoal siasat buat kali keenam.

Sumber yang rapat dengan perkembangan penyiasatan kes itu berkata Zahid akan disiasat di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001 (Amla) selain Seksyen 23 Akta SPRM 2009 atas salah guna kuasa.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam dalam kenyataan medianya berkata Zahid telah diberikan notis untuk hadir di ibu pejabat SPRM pukul 3 petang esok dan dijangka didakwa Jumaat ini.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS