Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
News
Harga ayam di pasaran naik esok
Published:  Dec 20, 2005 5:09 PM
Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM

Harga runcit ayam siang jenis super tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6.45 sekilo mulai Rabu, berikutan kenaikan harga ayam hidup di ladang sebanyak 20 sen sekilo mulai esok.

Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga ayam hidup di ladang naik kepada RM3.80 sekilo berbanding RM3.60 sebelum ini.

Menurutnya, kenaikan itu berasaskan permintaan dan bekalan semasa.

Menurut Bernama , berikutan kenaikan harga ayam hidup di ladang, harga ayam hidup pemborong juga naik kepada RM4.30 sekilo, manakala harga pemborong ayam siang naik kepada RM5.15 sekilo.

Harga runcit ayam hidup pula ialah RM4.80 sekilo, dan harga runcit ayam siang standard berserta kaki, kepala, hati dan hempedal ialah RM5.75 sekilo.

ADS