Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kartunis kontroversi Zunar menyelesaikan samannya dengan polis dan kerajaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Saman itu berkaitan rampasan kemeja-T dan buku kartun yang dijual dalam satu acara di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara pada tahun 2016.

Penghakiman persetujuan itu direkodkan di hadapan hakim Su Geok Yiam.

Pihak polis dan kerajaan bersetuju membayar ex-gratia yang jumlahnya tidak didedahkan serta memulangkan barang rampasan.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Latheefa Koya yang mewakili Zunar bersama Shahid Adli Kamarudin.

Peguam kanan persetujuan Kamal Azira Hassan and Saffiyah Omar bertindak bagi pihak polis dan kerajaan.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ul-Haque memfailkan saman itu tahun lepas dengan menamakan ketua polis negara, 17 anggota polis diketuai pegawai penyiasat DSP M Gunalan dan kerajaan.

Saman itu difailkan atas dakwaan penahannya tidak sah, pelanggaran tugas statutori serta pengabaian dan gangguan terhadap barangan peribadi.

Pihak berkuasa pada 17 Disember 2016 merampas lebih 1,000 naskhah bukunya dan100 kemeja-T dalam majlis minum teh bersama Zunar.

Mediasi kes itu pernah menemui jalan buntu sebelum ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS