Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MyEG kata tak pernah dengar nama syarikat yang disebut SPRM
Diterbitkan:  Oct 19, 2018 4:31 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

MyEG berkata tidak pernah mendengar nama syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, yang dituduh membuat bayaran kepada Datuk Seri Zahid Hamidi, bagi mendapatkan projek bagi pihaknya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MyEG dan lembaga pengarahnya berkata “tidak tahu menahu berkaitan syarikat yang dinamakan dalam pertuduhan terhadap Zahid”.

MyEG berkata tidak pernah menghubungi atau mempunyai urusan dengan Mastoro Kenny atau wakilnya serta tidak pernah mendapat sebarang projeknya.

MyEG juga berkata tidak tahu menahu berkaitan rundingan Mastoro Kenny dengan Zahid atau melantik vendor atau kontraktor sebagai orang tengah bagi berunding dengan kementerian.

Saham MyEG menjunam hari ini, jatuh 37 sen, selepas namanya disebut dalam pertuduhan mahkamah terhadap Zahid.

Tiga daripada pendakwaan itu mendakwa Mastoro Kenny memberikan 24 keping cek kepada Zahid yang keseluruhannya bernilai RM13.25 juta antara 15 Julai 2016 hingga 8 Februari 2017, bagi mendapatkan projek untuk MyEG.


[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS