MBSA mahu haramkan anjing jenis Rottweiler di Shah Alam
Terjemahan Jika Mercedes Benz terbabit dalam kemalangan maut, apakah kereta mewah itu akan diharamkan daripada jalanraya?
Nampaknya, itulah logik yang diamalkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) dalam soal pengeluaran lesen anjing, kata Anthony Thanasayan, Presiden penaja Persatuan Bantuan Terapi Haiwan Untuk Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Malaysia (Petpositive).
Terjemahan Jika Mercedes Benz terbabit dalam kemalangan maut, apakah kereta mewah itu akan diharamkan daripada jalanraya?
Nampaknya, itulah logik yang diamalkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) dalam soal pengeluaran lesen anjing, kata Anthony Thanasayan, Presiden penaja Persatuan Bantuan Terapi Haiwan Untuk Orang Kurang Upaya dan Warga Emas Malaysia (Petpositive).
Sebaliknya, para pemilik haiwan peliharaan berpendapat, ianya bukan mengenai soal syarat dan peraturan, tetapi mengenai langkah mendidik pemiliknya.
]
"Menyalahkan Rottweiler adalah seperti menyalahkan kereta yang terbabit dalam kemalangan," kata Thanasayan yang menaiki kerusi roda, ketika ditemui semasa majlis dialog antara pemilik anjing peliharaan dengan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Za'ba Che' Rus semalam.
"Ia bukan salah anjing. Tetapi 'syaitan' yang melepaskan mereka," katanya.
Thanasayan (foto) berkata, jika pihak berkuasa dapat menganjurkan kempen kesedaran awam mengenai denggi, mengapa kempen yang sama tidak diadakan untuk mendidik pemilik anjing peliharaan dan mengikis persepsi sesetengah pihak mengenainya.
Dialog yang berlangsung di bangunan MBSA itu, diadakan untuk mengumpul maklumbalas mengenai beberapa syarat dan peraturan pengeluaran lesen anjing yang akan diperkenalkan tahun depan.
Kira-kira 50 pemilik binatang peliharaan, wakil jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan, menghadiri perbincangan selama kira-kira dua jam itu.
Syarat kontroversi
Antara syarat-syarat baru yang dianggap kontroversi yang mahu diperkenalkan itu ialah syarat mewajibkan pemilik anjing peliharaan mendapat kebenaran jiran sebelah rumah mereka.
Satu lagi syarat, yang menimbulkan bantahan para pemilik anjing, ialah penyenaraian anjing jenis Rottweiler (foto) sebagai salah satu daripada lapan spesis yang diharamkan.
Syarat-syarat baru itu diperkenalkan selepas satu kejadian di Puchong Mac lalu di mana kanak-kanak berusia sembilan tahun, Mohd Hazman Khan Sheikh Zaini cedera parah diserang rottweiler sehingga terpaksa menerima 189 jahitan.
Jenis anjing lain yang tidak benar dipelihara ialah Akita, American Bulldog, Dogo Argentino, Fila Braziliero, Japanese Tosa, Neapolitan Mastiff, Pit Bull Terrier/American Pit Bull/Staffonshire Bull Terrier.
Semasa dialog tersebut, Zaba berulangkali memberitahu para peserta bahawa MBSA tidak mahu kejadian yang sama berulang di kawasan Shah Alam.
Bagaimanapun Thanasayan berkata syarat-syarat tersebut lama dan baru mencerminkan salahtanggapan pihak majlis tersebut mengenai anjing dan punca mengapa mereka menyerang manusia seperti kejadian di Puchong itu.
Jelasnya, jika diberi latihan, penjagaan dan perhatian yang sempurna, kejadian seperti itu tidak akan berlaku, yang biasanya disebabkan oleh kecuaian dan layanan buruk oleh pemilik haiwan itu sendiri.
Beliau juga berkata, pihak majlis tidak memberi pertimbangan sewajarnya terhadap kebaikan anjing, termasuk Rottweilers, dalam membantu golongan kurang upaya, orang tua serta pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak.
"Sepanjang dialog tersebut, masalah golongan kurang upaya hanya disentuh sedikit sahaja, itupun kerana kami turut hadir. Faktor berhubung kanak-kanak tidak langsung disentuh," katanya.
"Anjing Rottweiller peliharaan saya sejak 10 tahun yang lalu, memberi saya kehidupan baru. Ia memberi saya kemampuan untuk hidup di luar rumah saya," tambahnya.
Gagal capai matlamat
Sementara itu, Dekan Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia, Dr Ragavan Koran berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan MBSA untuk mengendalikan kursus latihan untuk pemilik binatang peliharaan.
"Kami bersedia pada bila-bila masa memberi kerjasama tersebut," katanya, walaupun beliau kurang optimis ianya akan menjadi kenyataan, berdasarkan hasil dialog tersebut.
Presiden penaja, Persatuan Pemunya Haiwan Kesayangan yang Bertanggungjawab Malaysia (Marpo) Dr Jon S Satyamoorthy pula berkata, kegagalan MBSA untuk melihat lebih jauh mengenai kepentingan pemeliharaan anjing dan bahayanya, juga merupakan satu masalah.
Walaupun Za'ba menyangkalnya, tetapi beliau masih ragu dengan pendirian MBSA dan sama ada syarat dan peraturan tersebut mewakili pandangan majoriti penduduk Islam di Shah Alam.
Malah, katanya, majlis dialog tersebut juga dilihat gagal mencapai matlamatnya kerana tidak banyak berlaku pertukaran idea dan maklumat yang tulen.
Wujudkan keharmonian
Dalam sidang akhbar selepas majlis dialog tersebut, Za'ba berkata, syarat mendapat persetujuan jiran sebelah akan dapat mewujudkan suasana harmoni "kerana jiran kita tahu mengenai kehadiran anjing dan jenisnya".
Menurutnya lagi, MBSA "mungkin menimbang" syarat-syarat tersebut dilonggarkan untuk golongan tua dan kurang upaya.
Antara syarat lain, hanya mereka yang mendiami rumah kediaman sesebuah, rumah berkembar, rumah teres lot tepi, kilang sesebuah dan kelab eksekutif boleh memelihara anjing, dan jumlahnya dihadkan kepada dua ekor sahaja.
Pemilik anjing pula mesti menyediakan rumah anjing, papan-tanda dan memastikan rumah anjing itu sentiasa diselenggara dan dibersihkan. Jika membawa anjing keluar, ia hendaklah berikat dan dipakai sarung mulut.
Mengenai sarung mulut tersebut, beberapa peserta mendakwa, syarat itu jelas mencerminkan kejahilan MBSA mengenai perkara tersebut.
Mereka menjelaskan, sesetengah anjing, apabila dipakaikan sarung mulut, akan sukar bernafas dan tercugap-cuap sehingga boleh mengakibatkan kematian.
Za'ba juga berkata sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk meneliti syarat dan peraturan tersebut secara lebih terperinci.
Jawatankuasa itu akan dianggotai oleh ahli jawatankuasa Mapro, ahli majlis MBSA dan ketua Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Za'ba berkata, kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan merangka garispanduan untuk pemilik anjing yang akan menjadi panduan dasar kepada majlis-majlis tempatan di seluruh negara. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.