Dari Sungai Buloh ke Pusat Tahanan Semenyih pula...
Terjemahan Seramai 27 pelarian Burma dijatuhkan hukuman lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram, gagal bersurai dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Terjemahan Seramai 27 pelarian Burma dijatuhkan hukuman lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram, gagal bersurai dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Mereka adalah sebahagian daripada 64 aktivis Burma yang didakwa di mahkamah selepas ditahan pertengahan Jun lalu di bawah Seksyen 27 (5) dan 27 (4) Akta Polis dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1967.
Mereka dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara bagi setiap kesalahan di bawah Akta Polis dan lima bulan bagi kesalahan imigresen. Majistret Nazran Mohd Sham mengarahkan hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap.
Kesemua 27 pelarian Burma itu akan dipindahkan dari Penjara Sungai Buloh tempat merka ditahan reman sebelum ini ke Pusat Tahanan Imigresen Semenyih.
Nazran menetapkan tarikh 3 Januari depan untuk perbicaraan 48 orang lagi yang meminta dibicarakan. Mereka termasuk empat wanita yang ditahan di balai polis Pudu ketika datang menemui yang lain, yang sebelumnya ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.
Seorang daripada wanita tersebut, yang memiliki pasport Burma, didakwa di bawah Seksyen 15 Akta Imigresen kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dalam visanya.
Diakui Asean
Aktivis tersebut ditahan ketika mengadakan perhimpunan di depan bangunan Kedutaan Burma di Kuala Lumpur bagi menyambut harijadi ke-60 pemimpin demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi yang ditahan di rumahnya, serta membantah kerajaan junta tentera Burma.
Sebelum itu, peguam mereka, Hamzah Arshad memberitahu mahkamah bahawa kumpulan tersebut hanya menggunakan hak perlembagaan mereka untuk bersuara dan mengadakan perhimpunan secara aman.
Lagi pula, katanya, mereka membuat bantahan secara aman terhadap penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan tentera di Burma dan penahanan berterusan Suu Kyi, yang turut diakui oleh pertubuhan Asean sendiri. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.