Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PBB bukan Umno, tak buli parti dalam GPS - Alexander

Sabtu lalu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing memberi amaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh melakukan kesilapan yang sama dengan BN jika terdapat satu parti yang terlalu dominan dan enggan menerima teguran daripada rakan parti komponen yang lebih kecil.

Hal ini menimbulkan tanda tanya jika gabungan parti pemerintah Sarawak, GPS yang baru berusia empat bulan selepas keluar dari BN itu kini berhadapan dengan masalah.

Ketika dihubungi, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Masing yang menyifatkan PBB sebagai parti pembuli.

“Beliau berhak mengeluarkan pendapatnya dan saya terima hal itu. Tetapi ini suatu kenyataan yang sensitif yang saya harap tidak disuarakan secara umum,” katanya.

Menurut Alexander, kenyataan Masing dapat ditafsirkan dari pelbagai sudut selepas diterbitkan akhbar dan musuh politik GPS boleh menggunakan hal itu untuk menyerang gabungan parti pemerintah itu.

Perkongsian kuasa bermakna

Anggota parlimen Kapit itu menegaskan Masing boleh menyuarakan perasaannya kepada pemimpin PBB kerana mereka boleh dihubungi.

“Saya tidak bersetuju yang beliau melihat PBB bertindak seperti Umno (dan membuatkan ia kedengaran begitu) seolah-olah kami pembuli dan kami tidak peduli pandangan rakan satu gabungan kami. Itu tidak berapa sedap didengar,” katanya.

PBB ialah parti yang selalu mendengar dan membantu rakannya yang memerlukan tetapi tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman parti komponen, katanya lagi.

Beliau memberi contoh PBB mendengar suara rakan sekutunya dalam memilih calon pada PRU14 lalu walaupun peluang mereka untuk menang adalah tipis.

“Akhirnya kami bersetuju, kepimpinan PBB tidak memaksa pihak lain mengikuti nasihatnya

“Bagaimanapun kami masih bekerjasama sebagai satu pasukan, jadi bukan hanya kami perlu mendengar mereka tetapi mereka juga perlu mendengar pandangan kami juga, ia bersifat dua hala,” kata beliau.

Borneo Post melaporkan Masing berkata jika GPS mahu berhadapan dnegan Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri 2021, GPS perlu dilihat mengamalkan perkongsian kuasa yang bermakna.

Masing berkata konsep BN adalah betul cuma pelaksanaannya yang tidak sempurna dan menyebabkan kejatuhan gabungan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS