Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya tak hadir sidang sebab ke program kementerian, kata Azis

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata beliau tidak hadir di sidang Dewan Rakyat pagi tadi kerana ke program rasmi kementeriannya.

"Tadi kebetulan saya ada program rasmi di kementerian, iaitu pemberian kewarganegaraan dan lain-lain," katanya ketika ditemui di lobi parlimen, hari ini.

Beliau bagaimanapun mengambil maklum nasihat Timbalan Speaker Datuk Rashid Hasnon agar menteri dan timbalan menteri merancang jadual agar dapat hadir ke sidang Dewan Rakyat.

"Saya tahu ada jadual yang (padat) waktu bila ada dalam dewan terutamanya dalam dewan bersidang...Kalau menteri tak dapat hadir, timbalan menteri kena hadir dalam sidang Dewan Rakyat," katanya.

Ia selepas Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang tidak berpuas hati selepas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin menjawab soalan yang ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini kerana Azis dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - menteri dalam negeri - tiada dalam dewan ketika itu.

Soalan tersebut daripada Ali Biju (HARAPAN-Saratok) yang meminta KDN menjelaskan status perancangan tentang pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Saratok yang baru bagi menggantikan bangunan sekarang yang beroperasi sejak 1954.

Wee kemudian mengadakan sidang media bagi meminta speaker membuat peraturan berhubung wakil rakyat yang tidak hadir.

Rashid kemudian berkata soalan itu boleh dijawab menteri atau timbalan menteri dari kementerian lain seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat Seksyen 24. 

Lihat Komen
ADS