Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PEMILIHAN PKR | Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan menafikan tuduhan beliau menawarkan rasuah RM500 kepada anggota PKR agar mengundinya pada pemilihan parti.

Tuduhan itu diperincikan dalam laporan polis yang dibuat anggota cabang PKR Sungai Siput Rohaida Awang semalam.

Kesavan, yang bertanding jawatan naib presiden PKR, memberitahu Malaysiakini bahawa Rohaida datang bertemu beliau di pusat khidmatnya minggu lalu meminta bantuan kewangan.

"Dia datang pejabat saya, kata dia dan suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Dia kata dia ada tujuh anak, enam masih belajar dan anak perempuannya yang berumur 13 tahun menghidap kanser.

"Sebagai anggota parlimen, pejabat saya mempunyai peruntukan untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan maka saya luluskan bantuan RM500 untuk bantu dia dan keluarganya.

"Hanya kini selepas tuduhan itu timbul saya tahu dia adalah calon PKR dari kem lain.

"Saya percaya dia digunakan oleh seseorang untuk rosakkan imej saya menjelang pemilihan parti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kesavan juga mendakwa wanita berkenaan mengisi borang yang diperlukan untuk bantuan berkenaan.

Menurut laporan polis Rohaida, yang dilihat Malaysiakini, dua pembantu Kesavan didakwa melawat beliau di rumahnya pada 20 Okt.

Rohaida mendakwa kedua-dua pembantu Kesavan itu memberikannya RM100 dan menjemputnya menyertai pasukan Kesavan. Rohaida kini bertanding untuk jawatam naib ketua Wanita PKR Sungai Siput.

Rohaida mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman suara dan gambar.

Laporan polis Rohaida menyatakan bahawa dia diminta ke pusat khidmat Kesavan semalam dan diberikan cek RM500.

Rohaida mendakwa cek berkenaan sudah ditunaikan dan diserahkan kepada SPRM di Ipoh, Perak.

Malaysiakini sudah menghubungi Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perak Yahya Abd Rahman yang mengesahkan Rohaida sudah membuat laporan kepada polis dan SPRM.

Yahya berkata polis sudah merujuk perkara itu dengan SPR.

Pemilihan PKR Perak akan bermula esok. Kesavan kini berada di tangga kelapan dalam saingan merebut jawatan naib presiden. Saingan berkenaan bagi memilih empat kerusi naib presiden.

[Baca berita asal]


 

Lihat Komen
ADS