Nota editor: Ini adalah bahagian keempat siri petikan dari buku bekas menteri kesihatan dan bekas Presiden MCA Chua Soi Lek, ‘Like Me or Hate Me: Rising from the Political Ashes’.

SEDUTAN BUKU | Apabila kempen pilihan raya 2008 bermula, saya kembali ke Batu Pahat untuk berkempen untuk Koh Chee Chai di kerusi DUN Bandar Penggaram, satu lagi kerusi yang saya pernah wakili. Tetapi saya juga berkempen untuk anak saya dan calon kerusi Parlimen Labis, Chua Tee Yong. Jadi saya sibuk dengan perjalanan antara Batu Pahat dan Labis setiap hari.

Kerana ini adalah kempen pilihan raya pertama bagi Yong, dia perlu belajar dan memerlukan kemahiran yang diperlukan apabila memberi ucapan kepada hadirin yang terdiri daripada orang Melayu, India dan Cina.

Intipati untuk ucapan demikian, saya memberitahunya, adalah pengenalan ringkas mengenai dirinya, pengalaman masa lalu sebagai akauntan bertauliah dan tugas terakhirnya sebagai ketua pegawai kewangan dalam anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Ini harus diikuti dengan apa yang akan dilakukannya jika dia memenangi kerusi itu. Tidak ada pengumuman geran kerajaan, tidak ada serangan peribadi terhadap lawan politik, dan tidak ada rujukan kontroversial terhadap bangsa atau agama.

Saya juga melakukan yang terbaik untuk membantu pengerusi bahagian MCA Labis Tan Kok Hong. Dia mempertahankan kerusi DUN Bekok untuk penggal ketiga. Bekok adalah satu lagi kerusi negeri dalam kerusi Parlimen Labis. Tan Kok Hong adalah bekas inspektor Cawangan Khas. Nasib baik, dia dapat berkawan baik dengan Tee Yong.

Semasa tempoh kempen, ahli-ahli MCA telah bekerjasama dan memberi sokongan penuh kepada Tee Yong dan Kok Hong. Tiada politik berpuak. Jentera pilihan raya umum MCA juga berfungsi dengan lancar dan berkesan. Saya memainkan peranan penasihat di dalam bilik operasi pilihan raya.

Tee Yong tidak mempunyai kesukaran dalam menyampaikan ucapannya dalam bahasa Malaysia, tetapi dia bermasalah ketika menyampaikan ucapan dalam Mandarin. Saya nasihatkan dia tentang perlu memperbaiki bahasa Mandarinnya. Enam tahun kemudian, bahasa Mandarinnya lebih baik daripada saya semasa saya berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri.

Semasa tempoh kempen, ucapan saya pendek. Saya memberitahu pengundi di Labis bahawa dengan Tee Yong (gambar) sebagai Ahli Parlimen, akan ada dua orang yang berkhidmat di kawasan itu. Oleh kerana saya adalah ahli biasa, pengundi di Labis bebas untuk menghubungi saya jika mereka memerlukan nasihat atau bantuan. Saya telah mengotai janji saya sehingga hari ini dan masih melawat kawasan Labis apabila timbul keperluan.

Sudah jelas, dari semasa saya melepaskan semua jawatan sehingga pilihan raya, wujud usaha bersepadu untuk memastikan penyokong dan kawan-kawan saya memahami bahawa saya tidak lagi dialu-alukan dalam parti itu. Pendek kata, jangkaannya ialah saya harus menarik diri sepenuhnya daripada politik dan tidak didengar atau dilihat lagi.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan tidak terlepas dari gangguan politik. Apabila saya meletak jawatan, Ka Ting mengambil alih sebagai pemangku menteri kesihatan. Dan selepas pilihan raya, melantik Liow Tiong Lai sebagai menteri kesihatan.

Seorang pegawai KKM memberitahu saya satu arahan telah diberikan bahawa pegawai KKM tidak harus membantu saya dalam apa jua cara sekirany saya minta tolong dari pegawai KKM mengenai projek yang saya mulakan ketika menjadi menteri. Hujahnya ialah ini penting untuk memastikan saya tiak menerima sebaranga sokongan kewangan dari konsesseri dan kontraktor yang terbabit dengan projek kementerian.

Nampaknya, perkiraannya ialah jika saya tanpa sumber-sumber kewangan,maka sukar untuk Saya membuat kemunculan politik.

[Baca berita penuh]