Ketuk ketampi cara terbaik keluar benda tersembunyi?
Bolehkah ketuk ketampi mengeluarkan benda tersembunyi di dalam vagina atau dubur?
Inilah yang dibicarakan oleh orang ramai sejak seorang doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur, Dr. Zainab Shamsuddin memberitahu badan penyiasat bebas yang menyiasat insiden wanita berbogel dan ketuk ketampi di lokap polis bahawa ketuk ketampi adalah cara paling berkesan untuk mengeluarkan benda tersembunyi dari kedua-dua organ berkenaan.

Beliau juga menyatakan, secara teorinya, perbuatan bangun dan mencangkung berulang kali itu boleh juga mendatangkan kesan sebaliknya.
Berdasarkan keterangan Dr. Zainab itu, Timbalan Pendakwaraya, Suhaimi Ibrahim memberitahu panel penyiasat di dalam hujah penutupnya bahawa perbuatan ketuk ketampi itu adalah wajar.
"Dalam keterangannya Dr Zainab menerangkan tindakan ketuk ketampi itu mampu mengeluarkan benda tersembunyi dari vagina atau dubur," kata Suhaimi.
Bagaimanapun Majlis Peguam selepas itu mempertikaikan kewajaran amalan tersebut dengan menyifatkannya sebagai suatu perbuatan yang memudaratkan.
Majlis Peguam turut mempersoal tindakan suruhanjaya bebas itu menerima pandangan daripada seorang doktor sahaja.
Berikutan itu malaysiakini mendapatkan pandangan dua orang pakar sakit puan berhubung keberkesanan amalan ketuk ketampi berkenaan.
Pakar dari Universiti Malaya, Dr Eugene WK Leong dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan kemungkinan perbuatan tersebut mampu mengeluarkan benda tersembunyi dalam vagina dan dubur.
Bagaimanapun menurut mereka ia bergantung kepada saiz dan sedalam mana benda itu masuk ke dalam lubang-lubang berkenaan.
Menurut kedua-dua sdoktor itu, benda yang kecil agak sukar untuk dikeluarkan.
Leong berkata, perbuatan menyuruh orang tahanan membuat ketuk ketampi mungkin suatu yang memalukan tetapi itu adalah kaedah paling berkesan bagi mengeluarkan sesuatu objek tersembunyi di tubuh.
Dr. Harlina pula berkata, ketuk ketampi sahaja tidak mencukupi untuk mengeluarkan objek yang tersembunyi di dalam vagina dan dubur.
" Objek-objek yang tersembunyi terutamanya di vagina tidak akan keluar secara automatik apabila dibuat ketuk ketampi,"ujarnya. Berita asal