Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rogol dalam kahwin: Setakat ini ada satu kes - Timb Menteri


PARLIMEN | Timbalan Menteri Undang-undang Hanipa Maidin berkata golongan wanita digalakkan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan bagi kes melibatkan dakwaan rogol dalam perkahwinan.

Hanipa memberitahu pemberita di bawah undang-undang sedia ada, cuma terdapat satu kes sahaja yang direkodkan dan kes itu malahan ditarik balik balik.

"Jadi buat masa ini boleh digunakan Seksyen 375A. Ia belum dimanfaatkan sepenuhnya.

"Setakat ini terdapat satu kes melibatkan isteri warga asing. MP Maria Chin (Abdullah) berkata terdapat banyak aduan tetapi tiada laporan polis yang dibuat," kata anggota parlimen Sepang itu ketika ditemui di lobi parlimen pagi ini.

Hanipa mengulas kumpulan hak wanita, Sisters In Islam yang mengkritik maklum balasnya terhadap soalan Maria di Dewan Rakyat semalam.

Hanipa pada sesi soal-jawab lisan berkata kerajaan buat masa ini tidak bercadang menjadikan kesalahan rogol dalam perkahwinan sebagai suatu kesalahan.

“Sebab itulah kerajaan mengambil kira semua faktor dan kerajaan merasakan belum tiba masanya untuk menjadikan rogol dalam perkahwinan sebagai suatu kesalahan.

“Bagaimanapun, sekiranya ada kes-kes yang melibatkan kekerasan rumah tangga, Seksyen 375 A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak-hak wanita dijamin oleh pihak kerajaan,” katanya menjawab soalan MP Petaling Jaya itu.

Seksyen 375A Kanun Keseksaan memperuntukkan menjadi suatu kesalahan jika seorang suami mencederakan isterinya dengan niat untuk mengadakan hubungan seks.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS