Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images

Sekumpulan aktivis  berhimpun di luar bangunan parlimen di ibu negara bagi membantah keputusan kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (Icerd), Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Berhimpun kira-kira 1km daripada pagar parlimen, mereka melaungkan pelbagai slogan anti-Icerd dan membawa keranda sebagai simbolik “kematian” bagi orang Melayu dan Islam di negara ini.

Mereka bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin muda PAS terkenal parti itu Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Pemimpin-pemimpin itu kemudian mengiringi wakil demonstran ke parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

Beberapa pemimpin akar umbi Umno tutur kelihatan dalam acara itu, selain aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kumpulan pelajar pro-PAS Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS

Lihat Komen
ADS