Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis akan siasat semua dakwaan Justo, kata IGP

Pihak polis akan meneliti semua dakwaan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang mendakwa beliau selaku pemberi maklumat 1MDB dipaksa untuk membuat beberapa pengakuan di Bangkok, tiga tahun lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ini termasuk tuduhan bahawa polis memaksanya membuat pengakuan secara terbuka bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri terbaik.

“Kita akan lihat dakwaan-dakwaan dibuat (oleh Justo) dan saya maklum bahawa perkara ini mungkin ada kaitan dengan kenyataan yang diambil di Banglok ketika itu.

“Jadi kita akan lihat dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Justo ini,” katanya pada sidang media selepas Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga PDRM di Maktab PDRM, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Justo semasa temu bual dengan stesen televisyen Astro Awani mendakwa bahawa pegawai polis termasuk Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, yang kini adalah pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman memaksanya membuat beberapa pengakuan ketika merakamkan kenyataannya mengenai skandal 1MDB.

Justo ditahan di rumahnya di Koh Samui, Thailand, pada 22 Jun 2015, selepas PetroSaudi memfailkan aduan bahawa dia cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Dalam wawancaranya semalam, Justo, berkata dia terpaksa mengaku bahawa dirinya mencuri serta memanipulasi data dan bekerja dengan seorang ahli politik pembangkang Malaysia dengan bantuan seorang wartawan selain perjanjian PetroSaudi-1MDB adalah sah dan adil.

Justo tutut mendakwa bahawa pasukan polis datang dengan 55 soalan, dan memaksa dia membuat pengakuan mengikut kehendak mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS