Paling Popular
Terkini

Anggota parlimen Klang Charles Santiago dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang baru.

Pelantikan itu berkuat kuasa serta merta.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar mengumumkan lantikan itu di parlimen hari ini, untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Oktober 2020.

Katanya, lantikan baru itu dibuat selepas pengerusi lama meletakkan jawatan selepas pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Menerima lantikan itu, Charles antaranya membangkitkan pengalaman peribadinya telribat mendaf Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Beliau ketika itu belum menjadi wakil rakyat.

Lihat Komen
ADS