Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Tak sengaja', kata Shamsul isu guna kenderaan rasmi k'jaan

Penyandang jawatan Ketua Cabang PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku menggunakan kenderaan rasmi kerajaan ketika kempen pemilihan PKR di Batu Pahat, Johor 30 Okt lalu.

Shamsul bagaimanapun menafikan sengaja melakukan perkara itu dan menjelaskan bahawa beliau ketika itu tergesa-gesa untuk ke pusat pemilihan kerana baru tiba dari lawatan kerja di Columbia.

Shamsul merupakan timbalan menteri industri utama.

"Agak sukar untuk saya balik dan tukar (kereta), jadi kita terus pergi tempat tersebut daripada lapangan terbang," katanya di lobi parlimen hari ini.

Jelas Shamsul, beliau dijemput untuk memantau pemilihan PKR dan pemandunya membawanya ke sana.

Isu berkenaan timbul selepas anggota parti itu menulis aduan kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) PKR berhubung tindakan Shamsul yang didakwa menyalahgunakan aset kerajaan bagi tujuan berkempen untuk parti.

"Saya dah jangka perkara ini akan dibangkitkan kerana saya nampak isteri anggota parlimen Kapar ambil gambar," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengakui ia adalah kesalahan, Shamsul menjawab: "Anda mesti bezakan antara sengaja melakukan perkara itu atau hanya meneruskan perjalanan daripada tempat program".

Shamsul turut menegaskan bahawa beliau sentiasa memegang prinsip untuk tidak menyalahgunakan aset kerajaan.

Beliau yang juga merupakan anggota parlimen Hang Tuah Jaya itu menyatakan kesediaan berdepan tindakan disiplin.

"Tak ada masalah, biasalah kena surat amaran," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS