Taib Mahmud lepas jawatan KM selepas pilihanraya negeri?
Desas-desus timbul semula mengenai kemungkinan berlakunya peralihan pucuk pimpinan dalam kerajaan negeri Sarawak, yang pertama dalam tempoh hampir 25 tahun.
Desas-desus timbul semula mengenai kemungkinan berlakunya peralihan pucuk pimpinan dalam kerajaan negeri Sarawak, yang pertama dalam tempoh hampir 25 tahun.
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Adenan Satem Naib Presiden paling kanan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baru dalam tempoh 'tiga bulan' selepas pilihanraya negeri.
Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang telah menjadi Ketua Menteri sejak tahun 1981,
dikatakan akan mengambil cuti panjang sebelum melepaskan jawatan.
"Beliau akan memerhati dari jauh," kata seorang pembantu politik Taib, yang mengesahkan wujudkan desas-desus di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai kemungkinan berlakunya peralihan pucuk pimpinan tersebut.
Menurutnya, Adenan dijangka dilantik sebagai pemangku Ketua Menteri kerana "Taib mahu melihat dan menilai prestasinya (Adenan)".
Adenan dianggap sebagai calon terbaik bagi jawatan Ketua Menteri memandangkan kekananan dan pengaruhnya dalam PBB.
Pemimpin PBB lain yang turut disebut berkelayakan mengisi jawatan tersebut ialah Timbalan Presiden yang juga Menteri Perumahan Negeri, Datuk Abang Johari Tun Openg dan bekas Menteri Pertanian persekutuan, Datuk Effendi Norwawi.
Bagaimanapun, kedudukan Johari kini dikatakan dibayangi pengaruh Adenan. Namun begitu, para penyokong Effendi tetap menyifatkannya sebagai pencabar terdekat bagi jawatan tersebut.
Pilihanraya negeri Sarawak dijangka diadakan Mac depan, iaitu enam bulan lebih awal dari tempoh tamat penggal kerajaan negeri sekarang. Beberapa pemerhati politik menyifatkannya sebagai pilihanraya negeri terakhir untuk Taib.
Persoalannya ialah apa yang akan terjadi kepada Johari seandainya Adenan, yang lebih rendah kedudukannya dalam PBB, menjadi Ketua Menteri?
Apakah mereka akan bertukar kedudukan, dengan Johari anak lelaki kepada Gabenor Pertama Sarawak selepas Merdeka, Tun Openg memegang kabinet di perngkat pusat?
Johari dikatakan pernah memberitahu rakan-rakan rapatnya bahawa beliau tidak mungkin dapat menganggotai kabinet negeri 'di bawah' teraju Adenan.
Mengikut teman rapatnya, beliau telah membayangkan kemungkinan untuk kembali aktif dalam sektor swasta seperti sebelum menyertai politik. Johari pernah bertugas sebagai pengurus pentadbiran Penerbangan Malaysia di Kuching pada tahun 1970-an.
Loji relau pelebur
Seorang pembantu politik Taib yang tidak mahu disebut namanya, membayangkan Taib mungkin tidak akan bersara terus dari politik selepas pilihanraya negeri akan datang.
"Beliau melihat beberapa projek besar menjadi kenyataan, termasuk loji relau pelebur yang bernilai berbilion ringgit yang dicadang pembinaannya di Bintulu," katanya.
Syarikat yang dikuasai keluarga Taib, CMS Bhd, telah menandatangani memorandum persefahaman dengan kumpulan syarikat milik negara China untuk membina loji pelebur tersebut yang menggunakan sumber tenaga murah dari Ampangan Bakum, yang dijangka siap pada 2009.
Untuk itu, beliau perlu mengetepikan seorang lagi pembida, usahawan terkemuka Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang mahu membina Loji Pelebur Asean yang dijangka mendapat sokongan kerajaan pusat.
Memandangkan tanah dan banyak lagi urusan yang berkaitan, terletak dalam tangan kerajaan negeri, maka beberapa penganalisa perniagaan menekannya perlunya dicapai kompromi di mana CMS Bhd mendapat pegangan dalam projek pelebur itu.
"Perundingan itu boleh mengambil masa yang amat panjang, memandangkan pihak dan ekuiti yang terbabit, dan Taib jelas mahu melihatnya menjadi kenyataan," kata para penganalisa tersebut. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.