Paling Popular
Terkini

Membaca Belanjawan 2019 yang berjela-jela bukanlah hobi kebanyakan rakyat Malaysia.

Justeru, kami di Malaysiakini membina aplikasi khas untuk menjelaskan secara mudah kesan Belanjawan 2019 kepada anda.

Pembaca hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah pada aplikasi berkenaan dan ia akan memaklumkan kepada anda sorotan belanjawan yang mempunyai kaitan dengan anda.

Malaysiakini membina aplikasi ini bagi memudahkan pembaca memahami inti pati Belanjawan 2019.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membentangkan belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di Dewan Rakyat.

Belanjawan 2019 dilihat merupakan langkah pertama kerajaan untuk "mengembalikan Malaysia ke zaman kegemilangannya" dalam tempoh tiga tahun dan meninggalkan "era kleptokratik".

Belanjawan keseluruhan memperuntukkan RM314.55 bilion yang terdiri daripada RM259.85 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Untuk paparan penuh aplikasi khas itu, sila ke pautan ini. 

 


Lihat Komen
ADS