Pendaftaran telefon mudahalih prabayar mulai 1 Januari
Semua pelanggan telefon mudahalih pra-bayar baru atau sedia ada di negara ini akan dikehendaki mendaftar dengan pembekal perkhidmatan masing-masing mulai 1 Januari 2006.
Semua pelanggan telefon mudahalih pra-bayar baru atau sedia ada di negara ini akan dikehendaki mendaftar dengan pembekal perkhidmatan masing-masing mulai 1 Januari 2006.
Pengguna baru pula perlu mendaftarkan butiran terperinci mereka di tempat membeli manakala pelanggan sedia ada mesti mendaftar sebelum 30 Jun 2006, kata jurucakap industri itu di dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rakyat Malaysia diminta mengisi satu borang pendaftaran yang mudah yang menyenaraikan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon mudah alih mereka, manakala rakyat asing mestilah menunjukkan pasport atau permit kerja mereka yang sah.
Pendaftaran adalah percuma dan boleh didapati di semua pusat perkhidmatan Celcom (Malaysia) Bhd, DiGi Telecommunications Sdn Bhd dan Maxis Communications Bhd dan pengedar sah mereka.
Kerajaan sebelum ini telah memulakan urusan pendaftaran selama tiga bulan di Pulau Pinang dan Melaka yang adalah permulaan kepada pendaftaran wajib di seluruh negara itu.
Setakat 15 Disember 2005, lebih daripada 170,000 pengguna telefon mudahalih pra-bayar di kedua-dua negeri itu telah mendaftar dengan pembekal perkhidmatan mereka masing-masing.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.