Proton jual pegangan dalam Agusta dengan harga RM5
Proton akan menjual pegangan penguasaannya dalam syarikat pembuat motosikal Augsta SpA kepada Gevi SPA dari Itali dengan nilai token satu euro (RM4.5).
Proton akan menjual pegangan penguasaannya dalam syarikat pembuat motosikal Augsta SpA kepada Gevi SPA dari Itali dengan nilai token satu euro (RM4.5).
Melalui pembelian lebih57.75 peratus pegangan dalam Agusta, Gevi akan mengambil alin penstrukturan semula hutang Agusta yang berjumlah RM479.4 juta (106.9 juta euro) dan keperluan modal kerja sebanyak RM145.8 juta (32.5 juta euro), katanya dalam satu kenyataan.
Proton berkata, penjualan syarikat motosikal itu, yang diselamatkannya setahun lalu dengan pelaburan RM314 juta (70 juta euro), adalah selaras dengan strategi mempelbagaikan bidang yang bukan menjadi aset utama syarikat.
Syarikat kereta nasional itu berkata, penjualan itu dijangka tidak memberi sebarang kesan terhadap pendapatannya, aset bersih, modal sahaj dan saham pegangannya.
Proton telah menggantung dagangan sahammnya sebelum pasaran dibuka pagi ini dan dijangka disambung semula esok.
Rugi RM154 juta suku kedua
Proton mengalami kerugian bersih sebanyak RM154.33 juta dalam suku kedua sehingga bulan September, berbanding keuntungan RM198.91 juta setahun sebelumnya.
Kerugian itu berpunca daripada peruntukan sebanyak RM160.7 juta, sebahagian besarnya, kepada syarikat pembuat motosikal dari Itali itu.
Sebelum ini, Proton menjual enam bagi setiap 10 kereta baru di Malaysia, tetapi penguasaannya terjejas pada tahun-tahun kebelakangan ini kerana persaingan hebat kereta import serta kurangnya perlindungan dari kerajaan.
Proton menguasai 60 peratus pasaran pada 2002, tetapi merosot kepada 48 peratus pada 2003 dan jatuh lagi kepada 44 peratus pada 2004.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.