Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib: HARAPAN cuma isytihar gaji, masuklah harta anak sekali

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegur deklarasi aset pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana ia cuma menunjukkan pendapatan menteri dan anggota parlimen semata-mata.

Sebaliknya, Najib mempersoalkan jika benar HARAPAN mengisytiharkan harta, maka aset serta pendapatan anak-anak menteri dan MP HARAPAN juga perlu dimasukkan dalam senarai berkenaan.

"Pengisytiharan harta? Itu gaji saja, kalau harta masuk lah anak-anak sekali.

"(Gaji) itu baca dalam laporan parlimen pun boleh. Kita hendak tahu berapa banyak kereta mewah? Berapa ekor kuda?" Kata beliau kepada 1,000 penyokong di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala LUmpur hari ini.

Anggota parlimen Pekan merujuk kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa Najib menerima 30 ekor daripada seseorang sebagai 'suapan'.

Mahathir berkata dalam wawancara CNN dua tahun lalu, beliau telah menerima hadiah kuda daripada temannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS