Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib: Benam dalam air 10 kali pun saya tetap BN

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi berkata kekalahan BN dalam PRU14 kerana padang yang tidak sama rata yang terpalit penipuan, fitnah dan janji palsu oleh Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Santai bersamanya yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

"Kita kalah kerana penipuan, fitnah, dan janji palsu. Kalau even playing field, saya percaya Umno boleh menang," katanya.

Najib juga menegaskan beliau akan tetap kekal bersama Umno walaupun berhadapan ujian dan dugaan ketika ini.

"Darah daging saya Umno dan BN. Kalau benam dalam air 10 kali pun, saya tetap BN. Saya tidak cadang buka parti baru. Kita mesti selamatkan Umno dan BN. Umno tak salah" katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS