Malaysiakini BERITA

Tok Pa tak puas hati dengan Najib, tapi takut - Dr M

Koh Jun Lin

Diterbitkan

Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamad telah bertemu dengannya walaupun ketika itu masih menjadi menteri kabinet bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, beliau berkata Mustapa tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di dalam kerajaan tetapi tidak berani bercakap.

"Ketika beliau masih menjadi menteri kabinet Najib, beliau ada bertemu saya. Beliau tidak puas hati tetapi beliau takut (bercakap secara terbuka).

"Banyak orang takut dekat Najib, saya pun takut juga," kata Dr Mahathir.

Beliau memberitahu pemberita wakil rakyat BN yang menyertai BERSATU akan ditapis.

Perdana menteri ditanya kenapa Mustapa yang sepatutnya memikul tanggungjawab skandal 1MDB dibenarkan menganggotai parti itu.

Mustapa berkhidmat sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri dalam kabinet Najib.

[Baca berita penuh]