Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ ingatkan Najib: BN kalah sebab 1MDB, tamat
Diterbitkan:  Nov 3, 2018 9:33 PM
Dikemaskini: 1:33 PM

Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memilih untuk berterus-terang kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hal ini selepas Najib enggan mengakui peranan skandal 1MDB yang menjadi punca kekalahan BN tahun ini.

"Kita kalah sebab 1MDB. Tamat," ciap Khairy di Twitter.

Beliau yang juga dikenali sebagai KJ mengulas pertemuan Najib bersama penyokongnya hari ini.

Bekas presiden Umno dalam majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjelaskan BN tewas pada PRU14 kerana penipuan dan fitnah.

Bagaimanapun, Najib tidak menyebut 1MDB dalam ucapannya itu.

Khairy yang juga bekas menteri belia dan sukan sebelum ini berkata beliau menyesal kerana tidak memberitahu Najib mengenai penolakan penyokong akar umbi kepada Umno, susulan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Naji memimpin BN ke kancah kekalahan pertama gabungan itu selepas berkuasa selama 61 tahun sejak selepas kemerdekaan.

 

Lihat Komen
ADS