Malaysiakini
BERITA

Musa Aman didakwa atas tuduhan rasuah petang ini

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Nov 2018, 3:51 pagi

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang ini berhubung 23 pertuduhan rasuah membabitkan pembalakan di negeri itu.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan, 23 pertuduhan itu melibatkan sejumlah AS$63 juta yang didepositkan ke akaun bank Singapura dan Hong Kong.

Difahamkan ADUN Sungai Sibuga itu akan dibawa ke mahkamah dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Sementara itu SPRM dalam kenyataannya berkata Musa ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10.05 pagi ini.

"Susulan itu Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

"Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 2 petang ini," kata kenyataan tersebut.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.