Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Saya tak dengar ada rancangan rombak kabinet
Diterbitkan:  Nov 12, 2018 12:20 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau tidak mendengar sebarang kemungkinan Dr Mahathir Mohamad akan melakukan rombakan kabinet berikutan tidak berpuas hati dengan prestasi sejumlah menteri.

"Saya tidak mendengar perkara ini dalam (mesyuarat) kabinet atau secara dalaman (ketika mesyuarat Pakatan Harapan). Boleh jadi ia tak lebih sekadar spekulasi dan khabar angin.

"Walaupun jika ia berasas, akhirnya perdana menteri yang membuat keputusan," katanya ketika wawancara bersama BFM.

Beliau mempertahankan menteri dan timbalan menteri dari PH dan Parti Warisan Sabah (Warisan), dan menyifatkan mereka telah melakukan tugas dengan baik.

"Setakat ini, saya rasa rakan sekerja saya menjalankan tugas dengan baik, sebaik yang mereka mampu berdasarkan keadaan semasa" katanya lagi.

Desas-desus mengenai kemungkinan rombakan kabinet bermula apabila Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat selepas menang dalam PRK Port Dickson.

Ada yang mengatakan ia bagi membolehkan Anwar membiasakan diri dengan pentadbiran sebelum menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri. Anwar bagaimanapun berkata beliau tidak terburu-buru untuk ke arah itu.

Namun spekulasi berkenaan perkara itu berterusan apatah lagi sejumlah menteri menerima kritikan dalam beberapa isu.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS