Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Imej negara tercemar, tuntut ganti rugi daripada Goldman

PARLIMEN l Kerajaan Malaysia perlu bertindak lebih agresif untuk mendapatkan ganti rugi daripada Goldman Sachs Group Inc berhubung kesan skandal 1MDB terhadap reputasi negara, kata Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson).

Dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019, Anwar berkata ini lebih-lebih lagi semasa siasatan kerajaan AS ke berhubung urusan Goldman Sachs dengan 1MDB sedang giat dijalankan.

"Sekarang (Jabatan Keadilan) AS telah memulakan pendakwaan, Malaysia harus bertindak dengan lebih agresif untuk menuntut ganti rugi atas imej kami yang tercemar.

"Saya percaya kerajaan perlu mengambil langkah inidaripada menuntut semula komisen AS$600 juta," kata Anwar.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berkata Malaysia sedang menuntut semula bayaran balik penuh semua yuran yang dibayar kepada Goldman Sachs Group Inc untuk khidmat mendapatkan dana berbilion ringgit kepada 1MDB.

Dalam temu bual dengan BFM, Lim berkata ini termasuk hampir AS$600 juta yang dibayar Goldman untuk tiga terbitan bon.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS