Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Monyet bunuh bayi berusia 12 hari di India
Diterbitkan:  Nov 15, 2018 10:48 AM
Dikemaskini: 2:48 AM

GLOBAL Seekor monyet telah merampas seorang bayi berusia 12 hari dari ibunya di India dan membunuhnya, kata polis.

"Sekumpulan monyet memasuki rumah mangsa dan seekor monyet merampas bayi dari ibunya yang sedang menyusuinya, dan melarikannya," kata Ajay Kaushal, pegawai yang menjaga stesen polis Sikandra.

"Monyet itu menggigitkan kepala bayi dan meninggalkan bayi apabila orang mengejarnya dengan kayu dan melemparkannya dengan batu." Bayi itu dibawa ke hospital tetapi disahkan mati setiba di situ.

Peristiwa itu berlaku di bandar Runkata di pinggir Agra, lokasi monumen India yang paling terkenal, Taj Mahal.

Aktivis alam sekitar tempatan Shravan Kumar Singh berkata monyet menjadi semakin agresif kerana mereka hilang habitat semula jadi, ekoran pembangunan bandar.

"Monyet ada di mana-mana di Agra," kata Singh. "Mereka berada di semua lima stesen keretapi di bandar, di hospital, hotel dan jalan raya. Mereka mencari makanan, tetapi mereka merampas dan menyerang juga."

Pada bulan Mei, sekumpulan monyet menyerang dua pelancong asing di Taj Mahal.

Sekumpulan organisasi tempatan dan individu tempatan berkempen untuk pihak berkuasa untuk memberi pampasan kepada mangsa serangan monyet dan untuk mwnsterilisasi monyet, kata Singh. [Baca berita penuh]

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS