Sekatan AS terhadap 17 pegawai Saudi atas pembunuhan wartawan Khashoggi
Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap 17 pegawai Saudi pada hari Khamis atas peranan mereka dalam pembunuhan wartawan Saudi Jamal Khashoggi, ketika pendakwaraya Arab Saudi mahu hukuman mati dijatuhkan ke ata lima suspek kes pembunuhan tersebut.
Tindakan sekatan oleh Jabatan Perbendaharaan AS itu adalah tindak balas konkrit pertama oleh pentadbiran Trump terhadap pembunuhan Khashoggi di konsulat Saudi di Turki pada bulan Oktober.
Antara mereka ialah Saud al-Qahtani, yang telah dipecat daripada jawatan sebagai pembantu tertinggi Putera Mahkota Mohammed bin Salman, serta Konsul Arab Saudi Mohammad al-Otaibi dan anggota pasukan 15 orang Turki yang telah dikenal pasti sebagai terlibat.
Langkah itu adalah luar biasa untuk Washington, yang jarang mengenakan sekatan ke atas warga Saudi. Sekatan itu tidak mensasarkan kerajaan Riyadh, yang merupakan sekutu sekuriti penting AS dan sekutu ekonominya.
Sekatan ini mengehadkan akses kepada sistem kewangan dan membekukan aset mereka. Ia akan dilaksanakan di bawah tindakan yang mensasarkan penyalah penyalahgunaan hak asasi manusia yang serius dan rasuah.
"Individu-individu itu mensasar dan membunuh dengan kejam seorang wartwan yang telah menetap dan bekerja di Amerika Syarikat," kata Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin dalam satu kenyataan.
Kanada, yang mempunyai pertikaian diplomatik utama dengan Arab Saudi, telah mengalu-alukan tindakan sekatan oleh AS itu dan sedang menimbang tindakan yang sama. {Baca berita penuh]
- Reuters

