Paling Popular
Terkini

Pemuda PKR hari ini berikrar untuk tidak membiarkan kerajaan mendiskriminasikan Sabah dan Sarawak dari segi pembangunan dan pengagihan hasil negara.

Ikrar berkenaan diucapkan selepas speaker Mohamad Azihan Che Seman tersentuh dengan perbahasan yang dibawa oleh Ketua PKR Kuching Simon Siah yang menggesa kerajaan agar tidak mengenepikan dua negeri berkenaan.

"Kita bagi penghormatan kepada Sarawak, minta semua bangun. (Kita berikrar) agar pemerintahan kerajaan tidak akan mendiskriminasi Sabah dan Sarawak. Boleh atau tidak?" kata Azizan yang disambut gemuruh jawapan "boleh" oleh hadirin.

Terdahulu, Siah menggesa kerajaan tidak mengabaikan Sarawak seperti yang menurutnya, dilakukan oleh pentadbiran lama.

"Sebelum ini dalam pentadbiran BN, Sarawak dianaktirikan, kekayaan Sarawak dicuri, dirampas tanah oleh kroni sehingga rakyat Sarawak sengsara," katanya ketika membahas ucapan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam Kongres Nasional PKR 2018 yang bermula hari ini.

Tambah Azizan, kerajaan negeri Sarawak sebelum ini menganggap Orang Asal negeri itu "bodoh" dan akan menjual tanah mereka.

"Tapi saya ingin tanya, jika kamu perlu duit, kamu pun jual tanah. Jadi biar mereka putuskan sendiri.

"Jika ada dalam dewan ini yang mahu menderma ke luar negara, tolong derma kepada Sarawak," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS