Australia tidak keluarkan pasport untuk Jho Low
Kerajaan New Zealand menafikan mengeluarkan pasport kepada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Dalam satu e-mel, jabatan hal ehwal dalaman Australia menyatakan Low bukan warganegara New Zealand dan oleh itu tidak akan diberikan pasport.
"Saya mengesahkan bahawa Jho Low bukan warganegara New Zealand, hanya warga New Zealand berhak memegang pasport New Zealand," tulis e-mel dari jabatan tersebut yang dihantar kepada wartawan Fairfax Media Hamish Rutherford bagi pihak Malaysiakini.
Jutawan kelahiran Pulau Pinang itu dipercayai individu utama di sebalik skandal melibatkan berbilion ringgit 1MDB dan kini dikehendaki beberapa buah negara untuk siasatan.
Dilaporkan baru-baru ini Low mungkin memegang pasport dari Thailand, Australia dan New Zealand.
The Star Online, yang memetik sumber tidak dinamakan membuat spekulasi bahawa Low mungin menggunakan pasport berkenaan untuk mengelak diri daripada ditangkap.
Bagaimanapun, kerajaan Australia menafikan mengeluarkan pasport untuk ahli perniagaan tersebut.
Usaha Malaysiakini untuk mengesahkan perkara itu dengan pegawai dari Thailand bagaimanapun tidak berjaya.
Laporan itu dibuat selepas dua pasport Low dari Malaysia dan St Kitts dan Nevis dibatalkan.
Pada Ogos lalu, polis Malaysia memfailkan tuduhan pengubahan wang haram terhadap Low dan bapanya, Larry Low Hock Peng tanpa kehadirannya (in absentia) di Mahkamah Sesyen Putrajaya.
Selain Jabatan Kehakiman AS (DOJ) juga mendakwa Low bulan ini tanpa kehadirannya kerana berkonspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram dari 1MDB dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA).

